Calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Amiruddin Shari mendahului dalam undian di Parlimen Gombak dengan meraih 12,687 undi meninggalkan penyandang sebelum ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Azmin yang juga calon Perikatan Nasional itu jauh ditinggalkan dengan 8,157 undi setakat 8.30 malam tadi.
Undian tidak rasmi setakat ini menunjukkan kubu kuat Azmi semakin goyah.
Calon Barisan Nasional, Datuk Megat Zulkarnain mendapat 5,220 undi setakat ini.
Manakala calon Pejuang, Aziz Jamaludin Mhd. Tahir meraih 401 undi dan calon Bebas, Zulkifli Ahmad mencatatkan 92 undi.