Malaysia Dateline

Setiausaha Agung Bersatu isytihar GRS menang PRN Sabah

9.00 MALAM

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengisytiharkan GRS menang pilihan raya Sabah apabila menang 37 kerusi melepasi separuh dari 73 kerusi yang dipertandingkan.

8.45 MALAM

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendahului pilihan raya Sabah apabila mendapat 32 kerusi berbanding Warisan Plus 20 kerusi.

Perikatan Nasional (PN) mendapat 18 kerusi manakala BN mendapat 14 kerusi.

8.30 MALAM

Warisan Plus dikatakan menang di 12 kerusi sahaja, bukan 13,  apabila kerusi yang dikatakan menang, Sook, kini dipintas oleh calon BN.

GRS pula kini mendapat 7 kerusi apabila keputusan untuk kerusi luar bandar mula diperolehi.

7.24 MALAM

Warisan Plus dikatakan menang di 13 kerusi manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mengandungi BN dan PN menang di tiga kerusi.

6.30 MALAM

Sebelum ini, Warisan dikatakan menang di tiga kerusi iaitu  N45 Sook melalui calon PKR, Raymond bin Ahuar, N46 Nabawan melalui calon Upko Albert bin Aguir P dan N35 Sindumin melalui calon Warisan Yusof @ Josree bin Yacob.

Selain itu, calon DAP yang bertanding atas logo Warisan juga mendahului dengan ketara di enam dari tujuh kerusi yang ditandinginya iaitu Luyang, Elopura, Kepayan, Tanjong Papat, Sri Tanjong dan Likas.

Namun begitu calon BN mendahului di Bingkor.

Jika benar maklumat ini, kemenangan di Sook oleh calon PKR adalah satu kejutan kerana sebelum ini Sook merupakan kerusi selamat untuk BN-PBRS.

Dalam pilihan raya sebelum ini, Ellron Angin yang kini menjadi calon Star,  menang atas tiket BN.