Tidak sampai 24 jam buang undi, calon OKU Amanah buat rayuan

Tidak sampai 24 jam buang undi, calon OKU Amanah buat rayuan

Tidak sampai tempoh 24 jam waktu pembuangan undi untuk pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, calon orang kelainan upaya (OKU) Amanah, Rapelson Richard Hamit menitipkan surat terbuka kepada para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) N26 Gedong.

Berikut adalah kandungan surat terbuka itu:

Salam sejahtera dan kasih sayang kepada tuan puan sekeluarga.

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana mengganggu masa tuan puan seketika.

Untuk makluman tuan puan 7hb Mei 2016 adalah hari mengundi. Keluarlah mengundi dengan hati yang tenang tanpa rasa takut dan bimbang. Undi adalah hak tuan puan semua. Undi adalah rahsia sebagaimana jaminan SPR.

Saya tahu, saya bukanlah yang terbaik jika dibandingkan dengan tuan puan. Tetapi saya akan jadi yang terbaik untuk tuan puan semua.

Saya yakin tuan puan akan bersama dengan saya mempertahankan hak-hak warisan nenek moyang kita sejak dulu lagi. Walaupun tanah atau harta itu sedikit, tetapi ia adalah hak dan maruah kita.

Tuan puan yang saya hormati.

Saya dengan rendah diri memohon dan mengharapkan kesudian tuan puan semua untuk memberi undi kepada saya dengan MEMANGKAH PARTI AMANAH.

Saya berjanji jika saya dipilih saya akan bersama dengan tuan puan di masa senang dan susah.

Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian mengundi saya dan mohon dimaafi.

“BERANILAH BERUBAH UNTUK DIRI KITA SENDIRI”

Rapelson Richard Hamit

Calon tuan puan semua di N.26 Gedong

COMMENTS

Wordpress (0)