Wang berjumlah RM1,000 lesap dari akaun milik seorang lelaki asal Sibu, Sarawak setelah meminta pertolongan polis bantuan untuk mengeluarkan wang.
Kejadian tersebut bermula apabila isteri lelaki terbabit memintanya untuk mengeluarkan wang tunai sebanyak RM200 dari akaun mereka.
Apabila sampai di Mesin Teler Automatik (ATM), lelaki tersebut memohon bantuan daripada polis terbabit kerana kurang mahir untuk menggunakan mesin itu.
Setelah pulang ke rumah, anak lelaki itu memeriksa akaun milik ibu bapanya dan mendapati wang berjumlah RM1,000 turut ditolak daripada baki akaun.
Isterinya segera pergi ke bank untuk mendapatkan kepastian dan mengesahkan transaksi itu berlaku tanpa pengetahuan dia dan suaminya.
Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, wanita itu segera mengambil tindakan dengan melaporkannya di balai polis berdekatan.
Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati wang berjumlah RM1,000 itu sebenarnya dikeluarkan oleh polis bantuan yang membantu suaminya.
Difahamkan, suspek tersebut telah ditahan oleh pihak polis sebelum dibawa ke mahkamah dan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.
Diharapkan orang ramai tidak mudah mempercayai mereka yang tidak dikenali dan berhati-hati sebelum meminta pertolongan daripada orang asing.
Baca juga: Memalukan! Syarikat penerbangan Malaysia hanya tampal ‘tape’ untuk baiki kerusi