Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tidak terlintas sertai parti lain, kata Zuraida

Tidak terlintas sertai parti lain, kata Zuraida

MALAYSIADATELINEJanuary 21, 2020 12:23 pm




 Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin memberitahu beliau tidak pernah terlintas untuk menyertai parti lain ketika ini.

Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan, perkara itu tidak timbul selepas beliau terpalit dengan isu surat permohonan palsu untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

 Tegas Ahli Parlimen Ampang itu, beliau tidak perlu melayan isu itu yang dianggap remeh dan membuang masanya.

“Itu tidak terlintas kerana bila berada di landasan benar tidak jadi masalah di mana kita berada. Surat itu tidak benar kerana tiada permohonan. Ini benda biasa dalam politik dan remehlah.

 “Buat apa hendak ambil tindakan selagi kita tahu siapa kita dan tidak mengganggu saya pun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bil.1/2020 dan Pelancaran Laporan Pencapaian KPKT 2019 Serta Visi dan Misi Baharu KPKT di kementeriannya  seperti dipetik laporan Malaysiagazette hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada akan menyertai parti politik lain selepas tular surat permohonannya untuk menyertai Bersatu semalam.

Ditanya sama ada dalang atau cuba untuk melaga-laga beliau dalam PKR,  Zuraida berkata, dia hanya ingin fokus untuk membina negara.

“Itu perkara remeh dan saya tidak mahu buang masa. Fokus kerja-kerja membina negara.

“Benda remeh tak payahlah. Polis banyak kerja lain lagi hendak buat.

“Pemimpin kena berjiwa besar dan perkara kenit tak payah dan biasalah dalam politik.

“Kita harus bertahan bila tahu di pihak benar,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production