Tidak timbul isu nepotisme DSAI bertanding di PD, kata Maria Chin

Maria Chin Abdullah meraikan sambutan Hari Malaysia yang akan datang nanti bersama kanak-kanak di sekitar Petaling Jaya.

Tidak timbul isu nepotisme dalam kerajaan susulan pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

“Tiada siapa boleh menghalang beliau untuk bertanding namun tidak timbul langsung isu neopotisme itu,” katanya pada sidang media Pelancaran Pejabat Bergerak MBPJ itu di sini hari ini.

Jelasnya, semua ahli parlimen ikut visi untuk membina semula negara untuk menjadi Malaysia Baharu.

“Jikalau Datuk Seri Anwar naik menjadi Perdana Menteri maka Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan melepaskan jawatan beliau,” ujarnya.

Isu berkenaan menjadi hangat sekiranya Anwar memenangi PRK Parlimen Port Dickson, keluarga itu akan mempunyai tiga kerusi di Dewan Rakyat iaitu Anwar, Wan Azizah (Ahli Parlimen Pandan) serta Nurul Izzah (Ahli Parlimen Permatang Pauh).