Ramai asatizah yang berbeza pandangan dengan DrMAZA apabila beliau membuat ciapan tentang Aidilfitri.
Is ok sahaja untuk berbeza pandangan dan pendapat tetapi bersarkastik, meremeh, menghina dan paling parah, ‘over confident’ Raya Hari Selasa lalu menggunakan perkataan kasar itu bukannya adab Islamik.
Saya memegang prinsip, setinggi mana ilmu dan popular seseorang jikalau suka mencarut atau mengungkap perkataan kasar, maka mereka ini tidak wajar diberi ruang mengetengahkan adab mereka yang tidak Islamik.
Bagi yang sarkastik, menghina atau mengungkapkan perkataan kasar pada ciapan DrMAZA, kenapa tidak merendahkan diri dan meminta maaf sahaja kerana anda akan nampak lebih mulia kerana kesanggupan anda meminta maaf mengakui kekhilafan dan keterlanjuran diri.
Ambillah semangat dari Aidilfitri untuk bermaaf-maafkan dan merendahkan ego kita. Semoga Allah menerima taubat dari kita semua. Allahuma Ameen..