Tidak wajar jawab soalan mengenai 1MDB sekarang, kata Najib

Tidak wajar jawab soalan mengenai 1MDB sekarang, kata Najib

Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata beliau telah dinasihatkan bahawa tidak wajar untuk menjawab soalan-soalan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana pihak berkuasa menyatakan siasatan masih dijalankan.

Dalam kenyataan dua perenggan semalam, memetik Bernama bekas perdana menteri itu berkata dalam konteks yang terhad ini, beliau tidak nampak apa-apa faedah untuk melibatkan diri dalam wacana umum dengan Lim mengenai isu tersebut.

“Saya akan, apabila dan jika perlu, membincangkan itu itu pada forum yang berkenaan,” kata beliau merujuk kepada kenyataan Lim yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Ahad.

Dalam kenyataan itu, Lim berkata Najib selaku bekas Menteri Kewangan harus bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab terhadap skandal rasuah 1MDB.

Beliau juga membangkitkan banyak soalan mengenai pelaburan bernlai US$8.33 bilion (US$1 = RM3.98) yang dibuat oleh 1MDB antara 2009 dan 2013 dan juga meminta bekas perdana menteri itu menjelaskan berhubung beberapa transaksi yang telah dibuat.

COMMENTS

Wordpress (0)