Malaysia Dateline

Tidakkah kita juga kena berlaku adil kepada Anwar?

Jika kita bercakap soal idealisme, kita mungkin boleh mengkritik sepuasnya tentang Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

To begin with, we have to accept this painful reality. It is not PH government!

Justeru itu, jika kita ingin mengkritik DSAI, kita tidak sewajarnya melancarkan kritikan kita berdasarkan premis ia adalah kerajaan Pakatan Harapan.

Jika ia adalah kerajaan PH sepenuhnya, adakah kita akan membayangkan Kabinet DSAI akan sama seperti Kabinet yang ada sekarang?

Saya tidak rasa begitu. Bagaimana dengan anda?

Sepertimana yang didedahkan oleh Tan Sri Mahiaddin sendiri, Yang di-Pertuan Agong telah mencadangkan pembentukan Kerajaan Perpaduan antara PH dan Perikatan Nasional dan cadangan itu telah ditolak oleh PN.

Untuk berlaku adil kepada YDPA, baginda sudah tentu berada di dalam dilema kerana realitinya tidak ada mana-mana pakatan politik sama ada PH atau PN atau Barisan Nasional yang ada kerusi majoriti secara bersendiri (single-handedly) bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Ya, mungkin memang ada pilihan untuk YDPA memperkenankan DSAI melalui PH membentuk kerajaaan minoriti, tetapi saya yakin YDPA merasakan itu adalah pilihan terakhir jika segala usaha untuk membentuk Kerajaan Perpaduan tidak berjaya atau menuju jalan buntu.

Lagipun, kestabilan kerajaan minoriti adalah suatu yang mungkin dilihat terlalu rapuh, pada hemat YDPA.

Dalam senario di atas, DSAI dan PH sudah tentu perlu membentuk Kerajaan Perpaduan bersama pakatan politik selain PN iaitu dengan BN, GPS dan lain-lain.

Sudah tentu bagi PH itu bukanlah pilihan ideal depa. DSAI dan PH sudah tentu perlu mententeramkan keresahan rakyat yang menyokong depa apa lagi penyokong depa sendiri. Anda mungkin naif jika anda rasa ia suatu tugas yang mudah.

Apabila DSAI dan PH bersetuju membentuk Kerajaaan Perpaduan bersama BN dan lain-lain sudah tentu logiknya perlu ada kompromi di sini sana seperti isu penjawatan dalam Kabinet.

Adakah logik jika sekiranya DSAI “ignore” begitu sahaja cadangan Umno-BN misalnya untuk presiden parti Umno dimasukkan dalam Kabinet?

Apa pilihan DSAI ketika itu? I am not privy to any discussion antara DSAI atau PH dan Umno-BN. Maka saya hanya boleh sekadar membuat telahan atau spekulasi.

Saya tidak rasa DSAI boleh menolak begitu sahaja misalnya cadangan Umno-BN agar presiden depa misalnya dilantik sebagai TPM dalam Kabinet DSAI tanpa ada ultimatum dari Umno-BN. Misalnya “terima presiden kami atau anda hilang sokongan 30 MP kami”.

Katakanlah, untuk tujuan penghujahan, DSAI enggan terima syarat ultimatum Umno-BN, adakah DSAI boleh menjadi PM?

Jika DSAI gagal menjadi PM, logiknya PN (yang ada Pas di dalamnya) berpotensi menerajui Kerajaan Perpaduan sama ada Mahiaddin atau YB Marang sebagai PM.

Kita baca dalam media PN malahan dilaporkan bersedia untuk jadikan PM dalam kalangan BN jika BN setuju bersama depa.

Sekarang ini PN (khususnya Pas) rancak menyerang DSAI dan BN sebab BN tak bersama depa. Cuba bayangkan jika BN bersama depa.

Jujurnya, saya melihat mudarat PN (yang Pas ada di dalamnya) menjadi peneraju Kerajaan Perpaduan lebih besar dari Kerajaan Perpaduan yang sedia ada.

Mungkin ramai yang tidak begitu peka bahawa bukan sekali DSAI telah dinafikan untuk menjadi PM atas pelbagai alasan.

Atas dasar itu sebelum kita mahu menghukum DSAI dengan apa sahaja bentuk “hukuman” , saya rasa kita kena juga berlaku adil kepada DSAI.

At least saya melihat dalam konteks itu.

Maaf jika anda tidak bersetuju.

Baca juga: Isu judi: Kekalutan Pas menangkis dan menepis

Baca juga: Janji nak lari bogel kalau Anwar jadi PM, aktivis sosial media kini diburu orang ramai