Malaysia Dateline

Tidur tak lena mandi tak basah – Ikuti 11 tips tidur yang nyenyak ini

Biasanya kita dengar orang yang sedang diamuk percintaan keadaannya seperti tidur tak lena mandi tak basah.

Namun, memang ada orang yang susah untuk tidur nyenyak malah tidak dapat tidur secara berterusan beberapa hari.

Bagi yang sudah menghidap insomnia kronik, ubat hipnotik atau ubat tidur boleh membantu tetapi ia hanya untuk jangka pendek kerana boleh menyebabkan ketagihan.

Ikuti 11 tips tidur yang nyenyak ini selain dalam masa sama mengamalkan gaya hidup lebih sihat termasuk bersenam, makan diet seimbang dan tidur pada waktu tetap setiap hari:

1. Buat senarai apa yang perlu dilakukan esok hari sebelum tidur untuk mengelak memikirkannya semasa mahu tidur.

2. Jangan menghadap skrin telefon pintar, gajet dan TV kira-kira 30 minit sebelum hendak tidur.

3. Elak mentekedarah sebelum tidur.

4. Buat suasana tidur yang selesa dengan katil dan selimut yang disukai.

5. Membaca Tasbih Fatimah iaitu Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.

6. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh tubuh untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

7. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah SWT akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.

8. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

9. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

10. Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

11. Baca doa sebelum dan selepas tidur dan jangan tidur dengan kaki menghadap ke arah kiblat.

Baca juga ‘Aku dah lama merokok takde apa sakit pun’ – Perokok sejak sekolah menengah ini dah diserang kanser

Baca juga Akibat sindir menteri – Penjual mi ditahan, rumah digeledah