Malaysia Dateline

Tiga hari berturut kes positif Covid-19 bawah 3,000 kes

Selama tiga hari berturut-turut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan angka kes positif Covid-19 di bawah 3,000 kes.

Hari ini, KKM mencatatkan 2,842 kes positif Covid-19 setakat jam 12 tengahari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara sebanyak 2,769,886 kes.