Malaysia Dateline

Tiga lagi kes disyaki Koronavirus menunggu keputusan makmal

Sehingga tengah hari ini tiga kes baharu yang disyaki jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) masih menunggu keputusan ujian makmal.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ketiga-tiga kes baharu berkenaan diterima dalam tempoh 24 jam.

“Daripada tiga orang yang dikendalikan di bawah kes-kes yang disyaki (PUI) melibatkan dua kes di Langkawi dan satu lagi di Bintulu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas isu berkaitan Koronavirus yang dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan Datuk Mohamaddin Ketapi di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di sini, hari ini.

Ketiga-tiga mereka yang disyaki itu adalah warga China.– BERNAMA