Malaysia Dateline

Tiga maut, 11 cedera Kementeri Luar Libya diserang

Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, semalam akibat serangan pengebom nekad di Kementerian Luar Libya di ibu negara itu.

Menurut sumber dipetik, keselamatan, beberapa penyerang terbabit disyaki daripada kumpulan Daesh.

Katanya, tiga penyerang memulakan serangan dengan bom kereta yang mengakibatkan beberapa kenderaan dan bangunan rosak, kemudian mereka melepaskan tembakan.

Dua suspek berjaya masuk ke dalam bangunan kementerian itu dan meletupkan diri sementara seorang lagi berjaya dibunuh pengawal kementerian, kata sumber itu lagi.

Asap tebal kelihatan dari bangunan itu yang dikepung pasukan keselamatan, ketika mangsa cedera dikejarkan ke hospital.

Kementerian Kesihatan berkata, sekurang-kurangnya 11 orang cedera. – Reuters