Malaysia Dateline

Tiga Penaja Cawangan AMANAH di Kabong ditubuhkan

Parti AMANAH Negara telah menubuhkan tiga penaja cawangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Parti AMANAH Negara Negeri Sarawak, Hud Andri Zulkarnaen berkata, tiga penaja cawangan yang ditubuhkan itu ialah di Kampung Hilir, Kampung Baru dan Kampung Darat Kabong.

Katanya, mesyuarat penubuhan telah pun diadakan dengan kehadiran ahli yang terhad berikutan mengikut prosuder standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak.

“Alhamdulilah…kita telah berjaya menubuhkan penaja cawangan AMANAH di Kampung Hilir, Kampung Hulu dan Kampung Darat di DUN Kabong.

“Sebenarnya bukan perkara mudah hendak membuka tiga cawangan ini lebih-lebih menempuhi perbagai dugaan dan ragam.

“Namun, kita bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana mempermudahkan urusan ini.. dan terimakasih kepada kawan-kawan yang setia dan sentiasa memberi sokongan,” ujar beliau.

Hud Andri menegaskan, dengan penubuhan cawangan dan kawasan AMANAH di Kabong, ia bakal melahirkan kepimpinan anak tempatan yang berkarisma dalam memperjuangkan nasib rakyat di kawasan terbabit.

“In shaa Allah…suatu hari nanti kita akan dapat saksikan anak-anak muda tempatan kekal memperjuangan nasib rakyat di sini selain berusaha melakasanakan amal kebajikan yang berterusan,” kata beliau lagi.