Tiga penggerak jentera pilihan raya Pas Dun Kelaboran keluar parti

Mohd Saifullah Che Mat

Biarpun baru mengumumkan senarai calonnya semalam, Pas Kelantan menerima tamparan apabila tiga pemegang jawatan utamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelaboran meninggalkan parti dan menyertai Pakatan Harapan (PH).

Mereka ialah ketua pemuda Dun Kelaboran Mohd Saifullah Che Mat, setiausaha Dun dan setiausaha Jentera Pilihan Raya Dun Kelaboran.

Mohd Saifullah yang juga seorang peguam mengisytiharkan diri keluar daripada Pas jam 2 petang tadi dan menyatakan pendirian menyokong PH.

Pas malam tadi mengisytiharkan bertanding di semua 14 kerusi parlimen dan 45 kerusi Dun di Kelantan.

Perisytiharan dibuat presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah masing-masing kekal mempertahankan kerusi Dun Pasir Pekan dan Panchor.

Timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man diberi laluan bertanding di kerusi parlimen Kubang Kerian manakala setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh bertanding di kerusi parlimen Pasir Puteh.

Selain itu Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan serta Siti Zailah Mohd Yusoff masing-masing mempertahankan kerusi parlimen Kota Bharu dan Rantau Panjang.

7.9
OVERALL SCORE
: 10.0
6 user votes x 7.5
CATEGORIES
TAGS