Tiga projek ‘sakit’ di Terengganu,SPRM didesak buka semula kertas siasatan

Tiga projek ‘sakit’ di Terengganu,SPRM didesak buka semula kertas siasatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)digesa membuka semula kertas siasatan terhadap tiga projek mega di Negeri Terengganu yang dianggap ‘sakit’  membabitkan  kontraktor dan kerajaan negeri Terengganu.

Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, ia membabitkan projek  bermasalah yang sudah menjangkau 10 tahun di negeri itu.

Tiga projek dimaksudkan itu ialah projek Taman Ilmu di Tembila, Besut yang berharga RM320juta; Projek Kompleks Bebas Cukai Kenyir dengan kos RM300 juta dan juga projek Stadium Sultan Mizan dengan kos RM320 juta yang runtuh sebahagian bumbungnya pada 2009.

Keseluruhan tiga projek mega yang ‘sakit’ ini dianggarkan sejumlah RM1bilion.

Keratan akhbar Kosmo pada ( Jun 2009).

Raja Bahrin yang juga bekas wakil rakyat Kuala Terengganu ini ketika berkhidmat telahpun membuat dua laporan kepada polis dan SPRM Negeri, dakwanya, terhadap tiga projek itu, namun menghampakan tanpa sebarang tindakan susulan ketika di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, hari ini, beliau hadir ke SPRM di Putrajaya untuk sekali lagi membuat laporan ke atas tiga projek mega itu dan mendesak Ketua Pengarah SPRM yang baharu Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengambil perhatian terhadap dakwaan berlaku skandal rasuah membabitkan pemimpin Umno terhadap tiga projek mega tersebut.

“Di peringkat negeri banyak campur tangan dan gangguan. Laporan sudah 10 tahun dibuat masih lagi tiada pendakwaan. Pelbagai cara kita cuba tetapi tidak mendatangkan hasil. Ini kerana ada gangguan (BN) dan sekarang tidak ada gangguan lagi di bawah Pakatan Harapan (PH).

“Kami datang ke Putrajaya kerana semua anggota kabinet Pakatan Harapan berada di SPRM hari ini.

“Ini menunjukkan betapa serius kerajaan dalam usaha menangani rasuah.Kita mahu menjadikan budaya baharu untuk bersama membersihkan segala kepincangan, penyelewengan terhadap kontrak daripada kerajaan lama (BN),” ujarnya dalam sidang media diadakan di hadapan bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.

Raja Bahrin  hadir ke SPRM bersama dua lagi individu  yang dikenali sebagai Sufiani (gambar di kiri)  dan Jalil ( gambar di kanan) yang mahukan projek mega yang bermasalah di negeri itu di siasat  oleh SPRM.

Menurut Raja Bahrin lagi, SPRM dan kerajaan Negeri Terenganu di bawah kepimpinan Pas hari ini, harus menyiasat situasi yang merugikan kerajaan negeri sebaliknya menguntungkan kontraktor yang melaksanakan projek tersebut.

Taman Ilmu di Tembila, Besut, Terengganu membabitkan kelewatan membina asrama pelajar.

Ditanya sejauh mana respon kerajaan Terengganu terhadap tiga projek mega ini, Raja Bahrin berkata, dalam satu kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Mei 2018 lalu, ujarnya, agak positif apabila dimaklumkan mengenai projek di Taman Ilmu Besut.

“Kerajaan Negeri Terengganu perlu menyelidik balik di mana kepincangan teknikal dan urus tadbir yang perlu diperbaiki terhadap tiga projek ini.

“Sebahagian daripadanya telah buat laporan polis dan cuba pelbagai cara namun, siasatan ke atas tiga projek mega inikepada pihak berwajib  tidak berhasil.

“Masa jumpa MB Terengganu saya sempat menyebut mengenai kerjasama dengan isu-isu di Terengganu dan ada menyebut mengenai projek Taman Ilmu.

“Selang beberapa hari daripada pertemuan itu beliau (Dr Ahmad Samsuri) telah pergi ke Besut untuk tinjau sendiri apa yang berlaku di Taman iIlmu.

“Saya harap MB Terenggganu beri satu pendekatan yang baharu jika mendapati kerajaan lama (BN) gagal selesaikan dan perlu ada siasatan terperinci agar ia tidak berulang di negeri ini,” ujarnya.

Kompleks Bebas Cukai di Pulau Bayas, Terengganu di dakwa tidak mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar.

Justeru kata beliau lagi, di bawah kepimpin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegaskan akan memberi penekanan utama kepada urus tadbir baik (good governance) dalam pengurusan projek-projek dan perbelanjaan wang kerajaan perlu disambut baik.

“Ini di cerminkan dengan tindakan tegas ke atas syarikat- syarikat serta projek-projek kerajaan yang bermasalah dan berhadapan kontroversi sama ada yang lepas atau yang sedang dilaksanakan kini.

“Sebagai Negeri pengeluar minyak dan gas utama (Terengganu),  membina projek mega yang di dapati bermasalah dan gagal.

“Saya harap semua pihak akan mendokong budaya baharu pendekatan yang baik ‘good governence’ kerana kerajaan pusat telah menjalankan tangungjawab dan langkah tertentu.

“Tiap negeri pula perlu hayati budaya ini dan tangungjawab itu diambil semua pihak supaya  kita dapat bersama untuk membangun Malaysia baharu,” ujarnya.

 

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS