Tiga rakyat Malaysia sertai Daesh terbunuh di Syria

Tiga rakyat Malaysia sertai Daesh terbunuh di Syria

Bekas pemimpin Mujahiddin Malaysia, Zainuri Kamarudin, 50, yang menyertai kumpulan militan Daesh di Syria, adalah antara tiga rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di negara bergolak itu, Jumaat lepas.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

“Berdasarkan maklumat risikan kami mengesahkan perkara berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Selain Zainuri atau bergelar Abu Talha, dua lain yang maut adalah Sazrizal Mohd Sofian Thayalan, 27 dan Ahmad Asyraf Arbee Ahmad Jamal Arbee, 31.

Kesemua mereka berlepas ke Syria pada April 2014, katanya.

Difahamkan, tiga rakyat Malaysia itu terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Syria di Raqqah.

TAGS