Malaysia Dateline

Tiga remaja mengaku salah tunggang motosikal secara bahaya

Gara-gara menunggang motosikal dengan cara yang membahayakan orang awam, tiga remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tiga remaja masing-masing berumur 15 dan 16 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Bemban di sini, pada 5 dan 6 Okt, antara pukul 9.40 malam hingga 2 pagi.