Tiga individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan Albertine Leo Jia Hui dibawa ke mahkamah, pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Dua suspek lelaki yang berpakaian lokap berwarna jingga dan ungu itu tiba pada jam 8.45 pagi di Kompleks Mahkamah Johor Bahru diiringi anggota polis dengan tangan bergari.
Manakala, suspek wanita pula tiba di kompleks berkenaan pada 10 minit kemudian dengan pakaian lokap berwarna jingga dan dikawal ketat oleh anggota polis wanita.
Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 28 hingga 55 tahun itu akan ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.
Terdahulu, pihak polis memaklumkan kes kehilangan Albertine Leo iaitu kanak-kanak perempuan yang berusia enam tahun pada Sabtu lalu telah diklasifikasikan semula.
Kes diklasifikasikan semua kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, pihaknya juga telah menangkap tiga individu di negeri berkenaan termasuk seorang wanita untuk membantu siasatan kes.
Difahamkan, ketiga-tiga individu yang ditahan di sekitar kawasan Gelang Patah kira-kira pada pukul 1.30 tengah hari, semalam itu merupakan warganegara tempatan.
Dalam perkembangan terbaharu, pihak polis mengesahkan bahawa kakak-kanak terbabit berjaya ditemukan selamat di sebuah hotel di Batang Kali, Hulu Selangor, pada Selasa.
Terdahulu, Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira pada jam 8.30 malam, Sabtu lalu di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Kanak-kanak itu memiliki ketinggian kira-kira 120 sentimeter (cm) dan berambut panjang berwarna hitam selain berkulit cerah serta bertubuh kurus sederhana.
Kali terakhir dilihat, Albertine Leo dikatakan memakai pakaian kemeja-T putih dengan gambar karekter kartun ‘Mickey Mouse’ di bahagian dadanya dan berseluar pendek.
Baca juga: Warga emas hilang ditemui dalam pondok dekat gua, 12 hari dapat makan nasi putih