Tiga tokoh bergabung dalam World Quran Hour Malaysia

Raja Nazrin bersama Mazlee dalam majlis di UIA petang semalam.

 

Sempena World Quran Hour (Satu jam bersama Al Quran) Tuanku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah berkumpul bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Pendidikan Maszlee Malik telah berkumpul di Universiti Islam Antarabang (UIA) petang semalam.

Anwar adalah pelopor UIA manakala Mazlee adalah bekas pensyarah universiti itu.

Ketiga-tiga mereka menjadi tetamu kehormat program World Quran Hour yang dianjurkan serentak di seluruh dunia itu semalam.

Program ini adalah penganjuran bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan UIAM yang bertemakan Dunia Berbudi dan Penyayang.

Selain UIAM, program sama turut diadakan di 700 lokasi di Malaysia manakala di peringkat antarabangsa disertai umat Islam dari 3,000 ‘hotspot’ seluruh dunia dijangka bersama-sama mengalunkan bacaan al-Quran secara serentak.

Pada tahun lepas, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya telah menjadi tapak penganjurannya.

Program WORLD #Quran Hour ini adalah bertujuan memberi galakan kepada umat Islam agar sentiasa membaca al-Quran seterusnya memahami dan mengamalkannya sebagai panduan kehidupan.

Anwar turut menyertai majlis yang diadakan di UIA, universiti yang beliau pelopori dahulu.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote