Malam tadi berlangsungnya konsert Billie Eilish di Stadium Bukit Jalil bagaimanapun rata-rata peminat yang hadir menyifatkan mereka di’scam’ kerana tempat duduk dengan pentas sangat jauh.
Dengan tiket yang agak mahal bermula dengan harga RM598 dan yang paling murah RM308 realiti kedudukan tempat duduk tidak seperti yang digambarkan.
Malam tadi, konsert Happier Than Ever World Tour gamat berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang dihadiri ribuan para peminat untuk berjumpa penyanyi antarabangsa kegemaran mereka, Billie Eilish.
Pelbagai ragam dan momen-momen dikongsikan oleh para peminat jelas kelihatan di media sosial seperti TikTok dan Twitter.
Rasa tidak puas hati itu sehingga ada yang mahu pihak penganjur kembalikan semula wang mereka.
“Itssa scam. Gimme back my money really lol,” komen Sarah Allya di Facebook.
Ada yang perli sepatutnya peminat yang hadir konsert malam tadi perlu membawa teropong bersama.
Di termasuklah selebriti media sosial, Khairul Aming yang turut tidak ketinggalan mengikuti konsert tersebut.
Melalui ciapannya, Khairul Aming mengatakan sistem suara di konsert tersebut adalah sangat menyedihkan di mana dia sendiri tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang cuba diperkatakan oleh Billie semasa berada di atas pentas.
Bagaimanapun dia redha dengan nasib yang menimpa dirinya ketika menonton konsert tersebut di stadium terutama kedudukan pentas dan tempat pengunjung yang hadir adalah tidak sama seperti yang diwar-warkan sebelum ini.
Baca juga: Kalau gagal tubuh RCI kapal LCS, lebih baik Hishamuddin letak jawatan
Baca juga: Wanita di Arab Saudi dipenjara 34 tahun hanya sebab ciapan di Twitter