TikToker yang mempunyai 30,000 pengikut telah ditemui mati ekoran menerima komen benci bertubi-tubi daripada netizen di akaun media sosialnya.
Ibu kepada tiga anak itu ditemui mati di rumahnya di Subang Jaya, Selangor pagi semalam.
Shashikala Nadarajah, 44, dilaporkan “dibuli secara siber” berhubung penampilan dan koleksi beg tangannya, di akaun media sosial, lapor Sinar Daily.
Bagaimanapun polis sedang menunggu bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar yang dijadualkan berlangsung di Hospital Universiti hari ini.
Pemilik akaun TikTok yang popular Rose Veronica berkata, anak-anak Shashikala memberitahunya ibu mereka tidak boleh bertolak ansur dengan komen negatif di TikToknya.
Shashikala mempunyai lebih 30,000 pengikut di TikTok dan dia sering berkongsi pandangannya tentang pelbagai topik seperti persekolahan di rumah, gangguan seksual dan cara mengekalkan penjagaan beg tangan mewah.
Videonya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Tamil.
Video terakhirnya tiga hari lalu, mengenai dia memulakan persekolahan di rumah untuk tiga anak perempuannya menggunakan sukatan pelajaran Sijil Am Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE).
Ucapan takziah memenuhi ruangan komen pada video Shashikala, dengan ramai yang menasihati mereka yang tidak dapat menangani komen negatif supaya menjauhi media sosial.
“Hatiku remuk dengan berita itu. Kami fikir anda seorang yang sangat kuat dan berani.
“Damailah engkau di sana. Saya kehilangan kata-kata. Sangat sedih,” kata seorang pengguna.
Baca juga: Duit tak laku, peniaga hanya terima buluh sebagai transaksi jual beli
Baca juga: Angka korban di Gaza meningkat, Israel tuduh bedilan roket kumpulan Jihad Islam yang tersasar