Malaysia Dateline

Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

Timbalan Ketua Menteri Saraak,  Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19 di Pusat Perubatan Pakar Normah di Kuching, hari ini.

Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh sebelum ini dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19 pada 28 September lalu, sebelum dipindah ke Pusat Perubatan Normah untuk rawatan lanjut.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu salah satu parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mendiang dimasukkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas di sahkan positif Covid-19 pada September lalu.

Difahamkan Masing juga sudah melengkapkan dua dos vaksin.