Timbalan menteri antara 6 VIP dalam helikopter yang hilang

Timbalan menteri antara 6 VIP dalam helikopter yang hilang

Timbalan Menteri Industri Asas Tani dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon bersama suaminya Asmuni Abdullah adalah antara enam VIP yang berada dalam sebuah helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak hari ini.

Datuk Noriah KasnonTimbalan Menteri Industri Asas Tani dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon bersama suaminya Asmuni Abdullah adalah antara enam VIP yang berada dalam sebuah helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak hari ini.

Empat lagi adalah Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Dr Sundaran Annamalai, Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Ahli Lembaga Minyak Sawit Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun di samping pilot RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mengesahkan kejadian ini dan berkata usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.

“Kami sangat prihatin dengan laporan tentang helikopter yang hilang antara Betong dan Kucing. Usaha mencari dan menyelamat sudah digerakkkan. Mari kita berdoa untuk keselamatan mereka,” tulis Najib dalam Twitternya.

Menurut laporan, helikopter itu terputus hubungan dekat Sebuyau kira-kira jam 5 petang hari ini.

Helikopter itu dipercayai dalam penerbangan dari Betong ke Kuching dalam misi membantu kempen pilihan raya BN di Sarawak.

Menurut The Star, Pengarah Penerbangan Awam,  Datuk Azharudin Abdul Rahman telah mengesahkan laporan itu dan berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat telah dilancarkan.

Noriah juga adalah ahli parlimen Sungai Besar, Selangor.

Menurut Menteri Industri Asas Tani dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, kali terakhir beliau melihat Noriah adalah jam 12.30 tengahari tadi di kawasan pilihan rayanya iaitu di kawasan Dun Bukit Saban.

Bagaimanapun beliau tidak mempunyai sebarang maklumat tentang kehilangan helikopter itu, lapor The Star Online.

 

TAGS