Timbalan Menteri Kerjaraya serah peruntukan RM5,000 bantu veteran komando

Timbalan Menteri Kerjaraya serah peruntukan RM5,000 bantu veteran komando

Timbalan Menteri Kerjaraya Mohd Anuar Tahir menyerahkan dana sejumlah RM5,000 kepada Persatuan Veteran Komando Selangor bagi tujuan mengerakkan kerja kebajikan dan sosial persatuan tersebut.

Penyerahan cek telah diserahkan kepada Setiausaha Agungnya Koperal (B) Taib Sangor di pejabat Timbalan Menteri di Kementerian Kerja Raya.

Menurut Mohd Anuar yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, peruntukkan diberikan daripada timbalan menteri itu bagi tujuan membantu kerja amal dan kebajikan di bawah NGO di negara ini.

“Pelbagai pihak datang ke kementerian dan kita memberikan sumbangan ‘one off’ kepada penerima di bawah peruntukan dana yang disediakan bagi seorang timbalan menteri di setiapa kementerian,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau berkata sejak menjawat timbalan menteri beliau telah menyalurkan bantuan sekitar RM200,000 kepada persatuan-persatuan bagi tujuan kebajikan dan kerja sosial yang dilakukan NGO terbabit atas kapasiti dana yang diperuntukan kepada kementerian itu.

Menurut Koperal (B) Taib beliau akan mengunakan peruntukan diberikan oleh Kementerian Kerja Raya itu bagi tujuan membantu balu, ibu tunggal, Veteran kurang upaya dan anak cemerlang di kalangaan ahli persatuan itu.

267 total views, 3 views today