Malaysia Dateline

Timbalan Menteri Umno berkumpul sambut Hari Bapa ketika PKP penuh

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Sri Dr Ismail Abd Muttalib dilihat mengadakan majlis sambutan Hari Bapa ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam PKP 3.0.

Sambutan di Kampung Sungai Ling, Maran itu menyaksikan 10 individu berkumpul di kediaman Ahli Parlimen Umno berkenaan.

Gambar majlis sambutan yang tular di media sosial itu sekali gus mengundang kecaman warganet kerana dianggap melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP penuh pada masa ini.

Untuk rekod, semua aktiviti majlis sosial dan keramaian, termasuk majlis perkahwinan, majlis akikah, doa selamat, tahlil dan sambutan ulang tahun serta hari lahir dilarang sepanjang PKP 3.0.