Malaysia Dateline

Timbalan Presiden dan 700 ahli STAR keluar parti sertai Warisan

Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Kong Fui Seng bersama 700 ahli mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Kong juga mengumumkan menyertai Parti Warisan di dalam ucapannya pada Majlis Muhibbah Bersama Komuniti Cina di Kampung Muhibbah, Keningau pada petang Rabu.

“Saya mengumumkan keluar dari Parti STAR berkuatkuasa serta merta dan saya menyertai Parti Warisan,” katanya.

Beliau tekad dengan keputusannya kerana tidak mahu bersama pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri.

“Pada pilihan raya yang lepas kita telah berjanji dengan rakyat untuk menumbangkan parti dari Malaya tetapi sebaliknya berlaku apabila keputusan lain yang dibuat presiden parti,” katanya.

Beliau menyertai Warisan adalah kerana tidak mahu menipu pengundi dan rakyat sabah selain meneruskan perjuangan mendapatkan hak-hak Sabah.

Kong turut mendakwa Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Pairin Kitingan telah mengkhianati ahli parti di awal penubuhan kerajaan Sabah pada 2018 lalu.

“Selepas PRU14, Presiden Star beritahu saya dia akan berjumpa dengan Presiden Warisan untuk sama-sama menubuhkan kerajaan.

“Sebaliknya lain yang berlaku keesokan harinya apabila dia bertindak berjumpa dengan kumpulan di sebelah sana.”katanya dipetik Borneotoday.