Timbalan Speaker Dewan Rakyat bakal beri ucaptama di UIA malam ini

Oleh ARIF ATAN

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon bakal menyampaikan ucaptama dalam forum berkenaan ICERD malam ini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) malam ini.

Program bermula jam 8.30 malam bertajuk “Apa Perlunya ICERD untuk Malaysia?” itu akan dimoderatorkan editor MMO, Fathi Aris Omar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Faiz Fadzil merangkap Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional antara empat ahli panel dalam forum tersebut.

Turut bakal mengupas polemik ICERD itu adalah aktivis Hishamuddin Rais; penulis dan penganalisis politik Hasmi Hashim dan aktivis SUARAM, Amir Abd Hadi.

Forum anjuran Telawi Forum dengan kerjasama Komuniti Artport dan Imaaratul Masjid (i-Masjid) itu bertemoat di LT4 Level 4, Islamic Reveal Knowledge (IRK) Building, UIAM di Gombak, Selangor.