Tindak-tanduk politik Pas lambatkan proses perkasa syariah

Tindak-tanduk politik Pas lambatkan proses perkasa syariah

Pas melalui Manifesto Malaysia Sejahtera membuat senarai kosa kata Syariah yang akan diperjuangkan antaranya Musyarakah, Sukuk Al-Ijarah, -Ijarah, Bai’ al-Salam, Waqaf, No to ‘Riba’ dan Qardhul Hasan.

Ketahuilah bahawa semuanya itu telah terkandung dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 atau Islamic Financial Services Act 2013 (IFSA 2013).

Ia telah diluluskan di Parlimen pada Disember 2012, mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 18 Mac 2013 dan digazetkan pada 22 Mac 2013. Akhirnya dikuatkuasakan pada 30 Jun 2013.

Akta ini sebelum digubal telah melalui proses konsultasi berterusan selama lebih enam tahun bermula dengan semakan terhadap Akta Bank Negara Malaysia 1958 atau Central Bank of Malaysia Act 1958.

Sebelum pembentangan IFSA 2013, Bank Negara Malaysia (BNM) telah membentangkan Financial Sector Blueprint 2011-2020 pada Disember 2011 yang menggariskan masa depan sektor kewangan di Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi dengan pemerkasaan Shariah.

BNM telah mengambil kira langkah-langkah sepatutnya dalam mengintegrasikan Syariah dalam sistem kewangan dan perundangan sedia ada, di samping perubahan-perubahan yang berlaku di peringkat antarabangsa.

Pernah kita dengar bantahan daripada ahli parlimen DAP semasa akta ini dibentangkan? Bukankah pengenalan akta ini membantu pemerkasaan Syariah di Malaysia?

Disebabkan ini, saya tidak percaya tuduhan bahawa ada ahli parlimen tertentu yang menolak Hudud atau yang dikatakan Pas sebagai menolak pemerkasaan Syariah. Tetapi isu sebenarnya adalah kegagalan kita dalam aspek teknikal dan bagaimana kita mempersembahkan Syariah itu dalam imej yang sepatutnya.

Ia didedahkan sendiri oleh beberapa ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) antaranya Prof. Madya Dr. Shamrahayu dan Dr. Zulqarnain Lukman yang mengatakan ahli palimen Marang (yang juga presiden Pas) telah melambatkan proses pemerkasaan Syariah dengan tindakan beliau yang melanggar garis masa JK yang telah dibincang dan diputuskan.

(Penjelasan Dr Zulqarnain boleh dikuti di https://youtu.be/midmdjB9S1U dan Prof Madya Dr Shamrahayu di https://youtu.be/7tIKbTJueBQ)

JTH juga telah meletakkan tiga fasal pemerkasaan undang-undang Syariah. Pertama untuk hukuman yang telah sedia ada dalam Mahkamah Syariah seperti zina, qazaf, minum arak dan murtad. Kedua bab sariqah dan hirabah. Ketiga undang-undang yang melibatkan hukuman mati.

Maka dengan itu, segala kempen ungu dan RUU355 adalah untuk kepentingan politik semata-mata. Mereka bukanlah ingin memperkasakan Syariah seperti yang diperkatakan tetapi mereka telah melambatkan proses itu daripada berlaku.

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS