Tindakan Amerika semarakkan reaksi ekstemis di Syria, kata pemuda Amanah

Tindakan Amerika semarakkan reaksi ekstemis di Syria, kata pemuda Amanah

Pemuda Amanah Nasional mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan yang telah diambil oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas pengkalan udara Syria pada awal pagi semalam kerana ia hanya semarakkan lagi krisis.

Pemuda Amanah Nasional mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan yang telah diambil oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas pengkalan udara Syria pada awal pagi semalam.

“Campur tangan unilateral oleh kuasa asing dari Barat seperti AS dan Rusia hanya akan memburukkan keadaan,” kata Sany Hamzan, Ketua Pemuda Amanah Nasional dalam satu kenyataannya.

Tindakan Amerika bom Syria akan membawa reaksi dari ektremis.Ini kerana, selepas tindakan itu, kumpulan-kumpulan militant dan ekstremis akan menggunakan campur tangan tersebut sebagai modal untuk menarik sokongan orang ramai terhadap mereka.

Malah, ekstremis agama Islamic State atau Daesh juga lahir daripada sentimen yang sama, katanya.

“Justeru, Kami menyeru agar semua pihak, baik kerajaan AS, Rusia, malah Syria, agar memberhentikan semua aktiviti ketenteraan, dan memberi ruang kepada pihak PBB untuk memutuskan tindakan yang terbaik dan paling adil,” katanya.

Sany berkata, semua pihak telah sedia maklum akan penggunaan senjata kimia ke atas rakyat Syria yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak sehingga mengorbankan hampir 70 nyawa beberapa hari lalu.

Namun, katanya, serangan 59 peluru berpandu Tomahawk yang dilakukan oleh pihak tentera AS ini tidak akan menyelesaikan konflik ini, malah bakal memburukkan lagi keadaan semasa.

“Kami menggesa agar Presiden AS, Donald Trump menghormati perbincangan yang sedang berlaku di peringkat PBB dalam menentukan tindakan yang perlu diambil berkenaan Syria.

“Melancarkan serangan ketenteraan sedangkan usul berkaitan Syria tersebut masih lagi belum dibincangkan oleh Majlis Keselamatan PBB samalah seperti membelakangkan kedudukan PBB itu sendiri.

“Negara besar seperti AS tidak boleh berlagak seperti polis dunia dan berasa bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa consensus di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemuda Amanah juga yakin, konflik ini akan menjadi semakin parah dengan tindakan ketenteraan tersebut.Sepertimana konflik keamanan yang tidak berkesudahan di Iraq, Afghanistan, Libya dan negara-negara lain.

Pada masa yang sama, Sany menggesa supaya PBB menyegerakan penubuhan sebuah badan yang bebas, tidak bersekutu dan berkuasa penuh untuk menyiasat secara menyeluruh peristiwa penggunaan senjata kimia ke atas rakyat Syria baru-baru ini, dan membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Selain itu, katanya, kerajaan Syria dan para pemberontak juga diminta untuk memberi ruang yang luas seluasnya kepada sukarelawan-sukarelawan yang hendak memberikan bantuan kemanusiaan kepada semua mangsa peperangan yang telah berpanjangan di Syria sejak tahun 2011.

“Kerajaan Malaysia juga harus meningkatkan usaha untuk memberi bantuan makanan, bekalan perubatan dan pakaian kepada mereka yang sedang menderita di sana,” katanya.

Bagi beliau, semua pihak harus sedar bahawa pertelingkahan jalur geopolitik bukanlah keutamaan ketika ini, sebaliknya segala tumpuan dan usaha harus dikerahkan ke arah membela nasib rakyat Syria yang telah lama dinafikan hak sebagai manusia yang bebas dan dambakan keamanan.

TAGS