Tindakan AS sekat bantuan UNRWA tidak berperikemanusiaan, kata Serantau Muslim

Tindakan AS sekat bantuan UNRWA  tidak berperikemanusiaan, kata Serantau Muslim

Raja Iskandar Raja Yaacob

Pertubuhan Kebajikaan Serantau Muslim (Serantau Muslim) menyifatkan tindakan Amerika Syarikat (AS) menghentikan pemberian dana kepada agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) adalah satu sikap yang sangat mementingkan diri sendiri dan tidak berkeperimanusiaan.

Pengerusinya Dr Raja Ahmmad Iskandar Raja Yaacob berkata, tindakan AS itu tidak wajar sama sekali ke atas kira-kira 700,000 pelarian di Palestin.

“Pelarian Palestin menerima bantuan tersebut adalah mereka yang terlibat dalam perang dunia pada tahun 1948.seperti yang dirancang Yahudi dan sekutunya yang akhirnya membawa kepada penubuhan ibu kota Israel di Baitulmuqaddis.

“Serantau Muslin melihat perkhidmatan 68 tahun yang dijalankan UNRWA dapat membantu pelarian mendapatkan rawatan perubatan, pendidikan dan keperluan asas lain seperti makanan dan minuman,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

 

Justeru Serantau Muslim  bersependapat dengan jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeneh, bahawa tindakan AS adalah sebagai serangan terhadap hak asasi rakyat Palestin dan akan terus meningkatkan keganasan di rantau tersebut.

“Kami berasa sedih memikirkan nasib pelarian di Palestin yang sangat daif dan memerlukan pelbagai jenis bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas kekurangan sebanyak RM891 juta dana yang disalurkan kepada mereka sebelum ini.

“Kami berharap pihak dunia dapat melakukan usaha lebih padu untuk mendapatkan dana yang lebih banyak demi membantu pelarian-pelarian ini.

“Kami yakin bahawa kehidupan penduduk di Palestin dapat dibantu dengan sumbangan dan sokongan daripada seluruh komuniti dunia dan memboikot semua barangan AS, Israel dan Yahudi,” ujarnya.

Serantau Muslim juga percaya AS dan sekutunya akan lemah jika kesemua masyarakat dunia bersatu padu memboikot barang keluaran mereka.

“Kami ingin menyeru semua NGO-NGO Islam agar meneruskan lagi usaha untuk membantu pelarian di Palestin ini,” ujarnya.

Pada Ahad ratusan pelarian Palestin di Jordan menunjuk perasan di luar ibu pejabat Agensi Bantuan dan Kerja-Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).

Ini susulan keputusan As menghentikan dana kepada agensi itu untuk para pelarian Palestin dan keturunan mereka.

Sumbangan Amerika membentuk hampir 30 peratus daripada belanjawan keseluruhan UNRWA dan bernilai hampir AS$300 juta (S$411.3 juta).

Para penunjuk perasaan mengatakan langkah AS itu akan menjejas ribuan orang termasuk kanak-kanak dan golongan kurang upaya.

Menurut UNRWA, lebih 2 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengannya menetap di Jordan, bilangan terbesar berbanding semua kawasan UNRWA lain.

 

Bagi sesiapa yang ingin menyumbang membantu Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Serantau Muslim  boleh berbuat demikian dengan menyumbang di akaun 5641 0042 3099.