Malaysia Dateline

Apandi Ali

Tindakan DoJ berunsur politik, kata Apandi

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ia berikutan DoJ tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan sebarang keterangan atau maklumat lanjut terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh mereka.

“Jika mereka minta (sebarang maklumat berkaitan 1MDB) adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi bantuan. Jadi saya buat rumusan tindakan itu berbaur politik.

“Tindakan DoJ juga dipercayai berdasarkan maklumat yang diberi oleh segelintir pihak dari Malaysia sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Hari Keluarga Tok Awang Gagah di Salor, Kota Bahru hari ini.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 800 anggota keluarga keturunan Tok Awang Gagah atau nama sebenarnya Awang Kamarudin yang merupakan salah seorang pendekar yang digeruni di Kelantan sekitar 1920-an. Mohamed Apandi merupakan cicit kepada Awang.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam surat terbukanya baru-baru ini dipetik sebagai berkata sejarah mengajar bahawa campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara hanya akan membawa kerugian.

Beliau turut dipetik sebagai berkata mereka yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia untuk mendapat keuntungan politik adalah ˜tidak beriman dan budiman”.