Malaysia Dateline

“Tindakan duduk semula adalah salah, saya mohon maaf”

Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub tetap mendokong bahawa belanjawan yang datang daripada kerajaan yang tidak sah harus ditolak.

Katanya, seperti mana yang telah dilakukan oleh rakan-rakan Amanah dan ahli-ahli parlimen lain yang turut bangun untuk menyokong undian belah bahagi Khamis lalu.

Katanya, AMANAH berprinsip teguh dengan pendirian menolak legitimasi kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, Salahuddin memohon maaf kepada parti dan ahli-ahli AMANAH kerana mengambil tindakan duduk semula setelah bangun selepas Mohamad Sabu menerima arahan saat akhir daripada Ketua Pembangkang untuk duduk.

“Tindakan saya tidak lain hanya atas dasar hormat terhadap Presiden sendiri, namun saya akui tindakan saya untuk duduk semula setelah berdiri untuk menyokong undi belah bahagi adalah salah dan saya mohon maaf.