Malaysia Dateline

Tindakan Hadi lantik anak jaga duit dana Palestin dikecam

Tindakan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang melantik anaknya, Khalil Abdul Hadi mengetuai Sekretariat Aid4Palestine yang ditubuhkannya dikecam oleh orang ramai.

Ini kerana, tugas utama untuk sekretaraiat ini adalah untuk mengumpulkan dana dan anak beliau menjadi pengurus kepada dana besar ini.

Hadi lantik anaknya Khalid jaga dana #Aid4Palestine.

“Kami telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah “Sekretariat #Aid4Palestine” yang akan dipengerusikan oleh YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dengan kerjasama lebih 40 buah NGO yang akan bersama menggerakkan misi ini.

“Sekretariat ini akan berfungsi sebagai koordinator jaringan NGO dan masyarakat sivil bagi menggerakkan kempen kesedaran rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin, serta menyelaras kutipan dana #Aid4Palestine melalui kaedah ‘crowdfunding’ dengan sasaran bantuan RM 1juta yang akan disalurkan terus ke bumi Palestin,” umum Hadi selaku Perdana Menteri Ke Timur Tengah dalam kenyataannya semalam.

Seorang rakan beliau dalam Facebook terus mengecam perlantikan dalam ketika Hadi mengumumkan perkara itu.

Fakhrul Razi AlFalastini menulis, “Bapak makan gaji buta, buat tabung atas nama kerajaan anak jadi pengerusi.  Bagus punya nepotism”.

Mohd Iqbal Abu Bakar turut mengecam langkah itu.

“Laa, bagi jawatan pengerusi kat anak gak.. satgi jadi macam tokguru gak la, bagi jawatan duta khas ke pantai timur tapi yang orang nampak makan gaji buta.

“Kalau bab penyelarasan kerja2 humanitarian ni bagi saja la pada agensi kerajaan macam MKN ka, NADMA ka.. tak pun pure humanitarian NGO sendiri yang lead,” tulis Iqbal.

Mohd Desa Ahmed pula menulis, “Penjawat awam ia suruh letak jawatan!Anaknya ia lantik Pengerusi #Aid4Palestine. Bijak-bijak.”