Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tindakan Hasnul tidak bermaruah, malukan parti

Tindakan Hasnul tidak bermaruah, malukan parti

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONMarch 9, 2020 4:16 pm




Tindakan Ketua Pemuda AMANAH, Hasnul Zulkarnain yang mengumumkan keluar parti hari ini, dikritik sebagai tidak bermaruah dan memalukan parti.

Wanita Muda AMANAH (WARDA) dalam satu kenyataannya hari ini, mengutuk keras pengkhianatan yang dilakukan ketua sayap parti itu terhadap Parti AMANAH dan Pakatan Harapan (PH) dengan menyokong kerajaan pintu belakang.

“Ini adalah tindakan yang tidak berprinsip dan mementingkan jawatan daripada mempertahankan maruah dan mandat rakyat.

“Warda kecewa dengan pendirian Hasnul yang boleh dibeli dengan wang ringgit, kedudukan dan jawatan,” tegasnya.

Warda turut mengkritik tindakan Adun Titi Serong itu yang jelas mencerminkan bahawa beliau tidak menghormati prinsip perjuangan parti sepertimana yang didokong oleh barisan utama pimpinan.

Hari ini dua Adun DAP bersama-sama Hasnul mengumumkan keluar parti dan memilih untuk menjadi Adun bebas.

Adun tersebut ialah Adun Tronoh, Yong Choo Kiong; dan Adun Buntong, A. Sivasubramaniam.

Ketiga-tiga mereka membuat pengumuman itu selepas Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mengadakan sidang media khas menyokong pembentukan kerajaan PN di Perak.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production