Tindakan S.Rajah letak jawatan tepat, bermaruah, kata Khalid

Tindakan S.Rajah letak jawatan tepat, bermaruah, kata Khalid

Datuk S Rajah

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad menyifatkan peletakan jawatan Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk S Rajah sebagai tepat dan bermaruah.

Menurut Khaled beliau baharu menerma maklum peletakan jawatan pemimpin dari parti MIC itu hari ini.

“Hari ini saya telah menerima salinan perletakan jawatan dari salah seorang Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu Datuk S. Rajah.

“Beliau adalah seorang pimpinan masyarakat India yang telah lama berkhidmat dengan MIC.

“Surat perletakan jawatan dihantar beliau kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur bertarikh 5 Julai 2018 dan salinan diberikan kepada saya.

“Saya mengucapkan tahniah diatas sikap beliau melepaskan jawatan itu selepas Barisan Nasional (BN) tidak lagi berkuasa. Sikap ini adalah tepat dan bermaruah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Khalid yang baharu dilantik menjadi salah seorang anggota kabinet Pakatan Harapan telah mengangkat sumpah sebagai Menteri WIlayah Persekutuan yang baharu pada Isnin lalu di hadapan Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V, setelah kerajaan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu yang diadakan pada 9 Mei 2018.

9.3
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS