Tindakan tatatertib: Keputusan keterlaluan, kurang bijak PDRM, kata Patriot

Tindakan tatertib terhadap anggota polis yang membenarkan orang awam memeriksa kereta peronda polis (MPV) ketika proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun Rantau lalu, sebagai satu ketelanjuran keputusan yang kurang bijak.

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Datuk Mohd Arshad Raji, berkata tindakan ketua peronda polis itu bertepatan dengan keadaan untuk meredakan suasana tegang yang mungkin berlaku diantara pegawai polis dan kumpulan orang awam.

Malah beliau mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa PDRM yang dilihat sama sekali tidak memikirkan semangat dan moral anggota polis.

“Tidakkah dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian, maka ini akan meruntuhkan semangat anggota polis, terutama anggota bawahan yang sentiasa berhadapan dengan risiko semasa mereka menjalankan tugas?

“Kami menggesa pihak polis mengadakan satu siasatan menyeluruh mengenai kejadian tersebut sebelum mengumumkan apa jua tindakan terhadap ketua peronda polis itu serta anggota lain.

“paling utama, bagaimana pihak polis mahu memulihkan semangat anggita bawahan mereka yang terjejas ekoran kejadian 13 April itu, agar merekantidak merasa tajut dan curiga dalam menjalankan tugas mereka. Bak kata orang, buat salah, tak buat pun salah,” katanya ketika sidang media hari ini.

(dari kiri) Datuk Mohd Arshad Raji dan Datuk Zulkifli Mphamed

Beliau turut mengingatkan bahawa pengumuman yang disebarkan menerusi media sosial tentang tatatertib itu, tidak perlu diperbesar besarkan.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Patriot, DCP (Rtd), Datuk Zulkifli Mohamed mendakwa pihak berkuasa PDRM tidak seharusnya menekan pasukan polis dengan memberi ugutan umpama tatatertib untuk menakutkan mereka.

Malah katanya, kebajikan pegawai-pegawai polis perlu dijaga ekoran PDRM sudah banyak menghadapi pelbagai rentetan peristiwa yang menggoyahkan lagi semangat dan moral polis.

Katanya, pegawai polis bertugas sering menghadapi keadaan berbeza yang memerlukan kebijaksanaan guna kuasa membuat keputusan secara spontan dan pihak berkuasa perlu memberi ruang kepada barisan hadapan polis ini untuk menggunakan budi bicara mereka.

“Jangan ambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap anggota polis kita kerana mereka yang bertugas, kita memerlukan kepakaran mereka dalam menangani keadaan dan segala tekanan ini hanya akan melemahkan mereka.

“Mereka sekarang dalam keadaan dilema. Nak buat salah, tak buat pun salah. Pegawai polis juga sebahagian daripada ketenteraan dimana tugasan kita tidak seperti penjawat awam yang lain dan terdedah kepada risiko-risiko yang tidak diketahui,” ujarnya.

Sementara itu, DSP Mahamud Ahmad turut menyokong kenyataan tersebut yang menambah tindakan peronda polis tersebut tidak menyalahi undang-undang di bawah seksyen 4(a) yang memperuntukan seorang polis tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya.

Seksyen 4(d) pula memperuntukan pihak polis tidak boleh berkelakuan yang memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

“Adakah mereka kurang cekap atau kurang usaha atau berkelakuan sehingga memburukkan nama atau mencemar nama perkhidmatan awam dan cuai dlm laksanakan tugasnya?

“Mereka cuma menjalankan tugas mereka. Mereka ‘eacort’ peti undi supaya selamat dan sampai dengan betul. Jadi tindakan mereka tidak salah dibawah undang-undang.

“Walaupun ada perlindungan dibawah undang-undang, tapi mengapa pihak atasan mengetepikan semua ini? Kerajaan perlu lihat semula perkara ini kerana pihak polis adalah sebagian komponen penting dalam masyarakat ini,”ujarnya.

Pada 16 April lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dipetik berkata, anggota polis yang membenarkan kereta peronda polis (MPV) diperiksa orang awam di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, di Negeri Sembilan, pada 13 April lepas akan dikenakan tindakan tatatertib.

Tindakan tegas akan dilaksanakan mengikut prosedur di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)