Malaysia Dateline

Tindakan wanita gantung kulit durian kerana geram pokok tak nak berbuah, cuit hati netizen

Tindakan seorang wanita yang menggantung kulit durian kerana sakit hati dan geram apabila pokok durian yang kini berusia 9 tahun tidak mahu berbuah telah mencuit hati netizen

Wanita ini yang dikenali sebagai Nur Aisyaa bertindak menggantung kulit durian di salah satu dahan pokok durian milik ibunya dengan harapan pokok itu akan berbuah.

Pokok yang ditanam sejak 9 tahun yang lalu sehingga hari ini langsung tidak berbuah apatah lagi berputik dan berbunga.

Wanita itu juga mendakwa pokoknya yang besar dan tinggi lagi dari rumahnya sehingga sekarang tidak reti berbunga dan ada buah.

Menggantung kulit durian itu, baginya agar pokok durian berasa malu dan berharap ia berbuah pada tahun depan dengan banyak.

“Ni lah pokok durian Bonda saya

“Dah 9 tahun dah umur dia. Tinggi dia dah dari rumah..tapi tak reti-reti nak berbunga dan ade buah..sakit ati je tengok.

“Geram sangat..saya amik kulit durian sangkut kat dahan dia tu..biar dia rasa malu harap-harap tahun depan berbunga lebat dan banyaklah buah nya..hahahhaahh.

“Aduuuuuhh parok…ya allah,” tulis Nur Aisyaa yang kini menjadi tular.

Menjenguk di ruangan komen rata-rata warganet terhibur dan tercuit hati dengan reaksi wanita terbabit.

Tindakan wanita gantung kulit durian kerana geram tak nak berbuah, cuit hati netizen
Geram apabila pokok ditanam tak mahu berbuah

Ada yang berseloroh sambil memberi beberapa petua agar pokok duriannya berbuah lebat nanti.

“Abg beli buah durian satu bakul, makan ramai ramai bawah dia.Kalau mcm tu punya perli pun tak paham lagi , abg tebang je lah,” komen Fadamir Saad di Oh My Media.

“Dulu2 nenek aku selalu cakap dengan pokok. Cakap nak tebang pokok tu kalau tak berbuah. Elok je sampai musim terus berbuah. Cuba la try buat. Kalau malu nk ckp cuba wasap,” komen Aikk Amyy

“Moga2 dijadikan pengajaran kepada pokok2 yg lain.. Memalukan bangsa durian jaa,” kata Ops Ter Spo

“Pokok jantan tu. Carikan bini kat dia. Pandailah la nanti dia berbuah,” komen Ayu Aziz

Tidak kurang juga ada yang bagi petua untuk membuatkan pokok durian berbuah suatu hari nanti.

“Tetak batang buat macam pokok magga. Marah2 sikit batang. Sy pernah buat durian tk nak berbuah, toreh batang pakai pisau toreh getah. Tahun depan lebat sampai runtuh batang sbb berat buah. Insyallh ikhtiar,” komen Daus Mohamed

“Letak garam kasar kat sekeliling pokok,” komen pula Wan Ash

Baca juga: Kes ibu dipenjara: Peguam Syarie pertahankan Islam tidak pernah zalim

Baca juga: Guru mengaji hadapi 17 pertuduhan rogol dan amang seksual terhadap dua beradik 7 tahun lalu mengaku tidak bersalah