Tindakan betul dilakukan Tun Mahathir, kata Ibrahim

Tindakan betul dilakukan Tun Mahathir, kata Ibrahim

Keputusan  meninggalkan Umno  adalah perkara yang betul  dilakukan bekas Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir  Mohamad kerana kelantangan beliau tidak bersetuju dengan kepimpinan parti.

Beliau telah bertindak seperti anak jantan, kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

“Persoalannya sekarang ialah sama ada orang lain akan mengikuti jejak langkah beliau walaupun mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno yang  hanya akan menjadi satu kumpulan pengacau jika mereka memilih untuk kekal dalam Umno, terutama apabila parti itu telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak mahu menerima kumpulan pemberontak dalam parti,” ujarnya dipetik dari portal berita.

Ibrahim  dipetik sebagai berkata,  beliau membayangkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir sebagai sebahagian daripada ahli-ahli Umno yang tidak lagi dialu-alukan dalam Umno agar turut membuat keputusan.

“Pemimpin Umno akan menjadi lebih selesa jika mereka tidak diganggu oleh pemberontak dalam parti. Mereka akan bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka ingin lakukan, hanya  menunggu  keputusan  pada pilihan raya umum akan datang.” ujarnya.

TAGS