‘Tinggal dompet, sudahlah’

‘Tinggal dompet, sudahlah’

Himpunan di Padang Merbok semalam menyaksikan aktiviti memungut derma yang menjadi ciri lazim dalam program Pas terus dilakukan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi dalam ucapannya turut mengajak peserta menghulurkan derma.

Terdahulu, beliau turut mendakwa kehadiran peserta himpunan bertemakan warna ungu itu mengikut sumber Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah mencecah 50,000 orang.

“Kalau macam ini punya ramai sampai 50,000 kita buat lagi program ini dua, tiga kali lagi,” ujarnya disambut dengan teriakan takbir daripada khalayak peserta.

Menurut ahli Majlis Syura Ulamak Pas itu, sumbangan wang tunai yang dilakukan merupakan jihad dan orang ramai wajar menderma sebanyak yang boleh.

“Tuan-tuan, kita kutip derma jihad. Dermalah sebanyak mungkin. Tinggal dompet sudahlah,” katanya dalam nada seloroh.

Dalam hal berkaitan, pemerhatian Malaysia Dateline pada sesi petang mendapati banyak pihak mengambil peluang mengedarkan tabung derma dari semasa ke semasa mewakili beberapa institusi.

Antaranya, dua remaja lelaki mengutip derma bagi Sekolah Menengah Islam Darul Ta’lim Sungai Limau, Ijok yang terletak di Batu Kurau.

Rata-rata pengunjung termasuk kaum ibu yang duduk-duduk di hamparan sambil berbual ketika berlangsungnya ceramah dilihat menghulurkan derma kepada sekolah menengah agama rakyat yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak itu.

Walaupun ramai tidak tahu isu sebenar RUU 355 tetapi mereka menjadi penyumbang kepada aktiviti derma

TAGS