Tinggal lagi satu jam sahaja nak salam tok kadi untuk akad nikah, pengantin lelaki bertindak batalkan hasrat untuk memperisterikan wanita ini.
Itulah yang berlaku kepada seorang gadis seperti dikongsikan oleh jurusolek perkahwinan Puteri Arissa seperti dikongsikan oleh Ohbulan!.
Menerusi perkongsian video yang dibuat di Tiktok, MUA tersebut memaklumkan pelanggannya yang merupakan pengantin wanita terpaksa berdepan dengan situasi sangat malang dalam hidupnya apabila bakal suaminya membatalkan majlis pernikahan di saat akhir.
Video tersebut telah meraih lebih 675,000 tontonan dan lebih 42,000 tanda suka.
@puteriarissafrh Senyum untuk bagi kekuatan 🫠
Naum katanya pelanggannya tetap berkeras mahu meneruskan sesi solekan meskipun mengetahui pengantin lelaki tidak hadir ke majlis akad nikah mereka.
Dalam pada itu, ada netizen yang meragui kesahihan cerita oleh MUA ini. Namun MUA tersebut menafikan hantaran yang dimuat naiknya itu adalah konten yang dibuat-buat sebaliknya kejadian itu benar berlaku di depan mata.
Perkongsian itu kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati kepada pengantin perempuan.
Penyanyi popular Iman Troye turut memberi komen di video tular itu dengan memberikan kata-kata semangat kepada wanita berkenaan.
baca: Johor negeri pertama tawar gaji premium bermula RM4,000-RM5,000, ini golongan yang terima manfaat