Zaman sekarang semua lebih mementingkan duit berbanding cinta atau pasangan hingga sanggup melakukan perkara tidak terjangka dek akal.
Ada suami isteri berpisah kerana salah seorang pasangan sakit, ada juga yang bercerai selepas pasangan sudah bersusah payah menjaga mereka ketika sakit.
Bagi kes kali ini seorang pengguna TikTok, @abambeel memuat naik kisah seorang lelaki yang ditinggalkan isteri dek kerana sakit.
Lebih menyedihkan individu tersebut mendakwa isteri kepada lelaki tersebut juga mahu menuntut wang insurans tapi menolak untuk menjaganya.
“Semoga dipermudahkan urusan Amir Haikal, tak apa, Allah itu Maha Adil. Masa Amir sihat, kami saksi yang kamu dah buat terbaik untuk rumah tangga.
“Kamu mewahkan isteri, beri segalanya yang dia mahukan tapi dia (isteri Amir) cuma pandang duit sahaja bukan usaha.
“Sampai insurans kemalangan pun dia nak kebas semua, tak tinggal langsung untuk Amir tapi dia tak jaga kamu sampai susu pun tak boleh bagi.
“Maafkan abang sebab muat naik hantaran ini sebab abang dah banyak bersabar, semoga Amir sihat seperti sediakala,” ujarnya di TikTok.
Rata-rata warganet bersetuju kes ini bukanlah pertama kali berlaku dan susah untuk mencari pasangan yang setia ketika kesukaran hidup melanda.
“Di sini tak kiralah suami atau isteri, setia itu mahal, Bila dapat maka hargailah, saya doakan Amir sabar dengan ujian Allah.
“Ada satu kes jaga suami sakit ,daripada teruk yang amat sampai sihat sekarang ,saya tengok paling kuat dan tabah tapi jodoh mereka tak panjang.
“Besar ujian buat kau Amir. Terakhir jumpa masa majlis kahwin kau dan isteri. Semoga kau terus kuat hadapi semua ujian ini. Moga semuanya baik-baik sahaja,” antara komen warganet.