Tinggalkan 7 akhlak buruk tapi orang politik Pas ini pula kena ‘sekolah’ dengan netizen

Oleh ARIF ATAN

Seorang bekas pemimpin kanan Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hanya kena ‘sekolah’ dengan netizen selepas menyenaraikan tujuh akhlak buruk yang perlu ditinggalkan.

Khairuddin Aman Razali

Seruan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu supaya orang ramai meninggalkan perangai negatif, jelasnya, berdasarkan surah ke-49, al-Hujurat (Kamar-kamar) yang terdiri daripada 18 ayat.

“Surah al-Hujurat menitipkan pelbagai akhlak Islam dan menggesa umat Islam meninggalkan akhlak buruk,” katanya.

Dia yang keluar Pas pada 14 Mac lalu susulan pemecatannya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama parti dan Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat turut menyenaraikan tujuh akhlak tersebut:

1. Jangan mempercayai berita si fasik sehingga diselidik.

2. Damaikan antara yang bertelingkah.

3. Jangan mempersendakan sesama Muslim.

4. Jangan gelar-mengelar dengan gelaran buruk.

5. Jauhi buruk sangka.

6. Jangan mengintip mencari keaiban dan kesalahan.

7. Jangan mengumpat

Tambah Khairuddin, malangnya semua akhlak yang buruk sebagaimana diperingatkan oleh Allah dihalalkan atas nama politik.

“Sampai masanya kita hiasi politik Malaysia dengan akhlak mulia meskipun sukar.

“Kalau bukan kita yang mulakan sunnah yang baik, siapa lagi?” katanya yang mempunyai 163,000 pengikut di Facebook.

Hantaran Khairuddin di media sosial itu kemudiannya dilihat hanya mengundang kritikan dan sindiran warganet terutama kalangan penyokong Pas.

“Satu lagi, jangan percaya pada orang yang langgar bai’a h dan percaya dirinya saja betul,” tulis Zam Zakaria manakala Mohd Azha pula berkata, “Kami (Penyokong Pas) ada pemimpin kami, kamu tiada kena mengena dengan kami.”

Baca juga Selepas keluar parti, Khairuddin dedah kerjasama Pas-PN tak ikut perlembagaan parti

Baca juga Tidak lagi menyanyi dangdut lepas bertudung, Cita Citata ubah genre muzik