Malaysia Dateline

‘Tinggalkan kerja untuk pelajar macam mesyuarat setahun sambung cuti bersalin’, parodi pemuda ini buat netizen terhibur

Kalau guru perlu menghadiri mesyuarat saja, mesti banyak tinggalkan kerja untuk pelajar macam setahun sambung cuti bersalin.

Itu antara reaksi warganet yang terhibur dengan parodi oleh seorang pemuda dengan janggut sejemput yang melakonkan watak guru wanita lengkap bertudung ini.

Lakonan bersahaja TikTokers, Azrul Kama itu memaparkan babak seorang guru yang memberikan sejumlah kerja dengan menyebutkan begitu banyak muka surat modul yang perlu disiapkan pelajarnya sepanjang beliau bermesyuarat.

“Semua cikgu di Malaysia memang sama ke?” soal seorang pengguna TikTok serentak disusuli dengan respon netizen yang rata-ratanya menyokong situasi sama itu.

Rakaman video itu yang lengkap dengan latarbelakang suara guru di kelas sebelah mengajar itu juga membuatkan warganet mengakui serupa dengan apa yang mereka alami di sekolah.

“Dia bagi homework macam nak sambung PKP semula,” seloroh Fairul pula.

Baca juga Apa maksud tersirat bos atau orang politik tulis atas surat? Ini tips pegawai kerajaan wajib tahu, elak jadi kambing hitam

Baca juga Bahaya minum air hujan, profesor ini dedah kawasan terpencil pun tidak terkecuali