Tingkatkan penglibatan wanita hanya retorik Najib

Tingkatkan penglibatan wanita hanya retorik Najib

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketua Srikandi Keadilan Malaysia, Senator Siti Aishah Shaik Ismail menyifatkan kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penglibatan wanita akan dipertingkatkan dalam kelompok pembuat dasar dan keputusan serta politik, hanya sebagai ungkapan retorik.

Siti Aishah Shaik Ismail

Najib berkata demikian sewaktu berucap dalam persidangan WIPKL 2017 kelmarin yang dianjurkan oleh Wanita Umno Malaysia sempena Himpunan Agung Umno berlangsung sepanjang minggu ini,

“Sejujurnya semasa ucapan ini dibuat, beliau sememangnya telah jauh terkebelakang dan ketinggalan dalam menaikkan dan bersikap adil terhadap kepimpinan wanita dalam Umno-BN.

“Lihat sahaja bagaimana partisipasi wanita sebagai calon dalam pilihan raya sepanjang Umno-BN memerintah negara. Untuk mencukupkan keperluan 30 peratus pun Umno tidak dilihat bersungguh-sungguh untuk merialisasikannya,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Berbeza dengan PKR dan Pakatan Harapan kata beliau, kuota 30 peratus bukan lagi menjadi suatu syarat akan tetapi ia adalah keperluan yang wajib dilaksanakan oleh kepimpinan PH dalam menyamaratakan kepimpinan wanita di semua sektor pentadbiran negeri dan negara.

“Wanita Keadilan adalah bukti terbaik dalam PKR apabila menjadikan kuota 30 peratus wanita dalam kepimpinan sebagai dasar yang dipersetujui bersama oleh kepimpinan PKR.

“Kerana itu saya merasakan bahawa ini adalah ucapan gimik politik semata-mata, Dato Seri Najib seharusnya lebih jujur dalam menyatakan sikap kepedulian beliau kepada peranan wanita yang mana perubahan kepimpinan wanita dan penglibatannya bukan hanya perlu berlaku di Dewan Negara akan tetapi perlu di transformasikan di semua peringkat,” tambah beliau.

Beliau menyeru kepada kepimpinan wanita muda dalam Umno, bahawa ini adalah masa yang tepat bagi membuktikan sama ada Najib “cakap serupa bikin “ atau hanya sekadar retorik semata-mata.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0
CATEGORIES