Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tinjauan dalam talian untuk tingkat kualiti pendidikan Islam

Tinjauan dalam talian untuk tingkat kualiti pendidikan Islam

BernamaJune 19, 2019 7:21 am




Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) melaksanakan tinjauan dalam talian bagi melihat pandangan yang relevan dan sesuai untuk diambil kira bagi meningkatkan kualiti mata pelajaran Pendidikan Islam, kata Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).

MPPK berkata PPKPI bersetuju melaksanakan satu tinjauan dalam talian melibatkan semua pemegang taruh Sistem Pendidikan Kebangsaan bagi mendapatkan input tambahan dalam usaha menambah baik mata pelajaran Pendidikan Islam.

Ia melibatkan tinjauan pandangan segenap golongan rakyat bagi mendapatkan sebarang maklum balas mengenai pengalaman mereka menjalani pembelajaran dan berinteraksi di Sekolah Kebangsaan (SK), katanya.

“Ia (tinjauan) bukanlah satu undian atau petisyen untuk memberikan sebarang tekanan yang tidak wajar,” kata MPPK dalam satu kenyataan hari ini berhubung kajian penambahbaikan mata pelajaran Pendidikan Islam oleh PPKPI.

PPKPI di bawah MPPK ditubuhkan pada 15 April lepas bagi melaksanakan kajian menyeluruh terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam bagi tujuan penambahbaikan.

Selain mendapatkan input daripada pelbagai agensi dan bahagian di Kementerian Pendidikan, PPKPI telah dan akan mengadakan pelbagai sesi perbincangan dengan pakar pendidikan, wakil badan bukan kerajaan dan sesi libat urus dengan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Islam.

MPPK berkata tarikh akhir untuk memberi pandangan atau cadangan kepada tinjauan dalam talian itu adalah pada 15 Julai depan.

Mereka yang ingin memberi pandangan atau cadangan boleh berbuat demikian dengan akses pautan https://forms.gle/SeVw82uoR2r8vnfp8.

“PPKPI komited dan jelas dengan tujuan dan keberhasilan utama kajian ini iaitu untuk memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Islam di SK,” kata MPPK.- BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

Terkini

Rakyat Kelantan bayar caj parkir lebih mahal daripada Shah Alam

Rakyat biasa dikompaun tapi rombongan Muhyiddin, ahli Bersatu selamba ingkar SOP

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production