Malaysia Dateline

Tipu MKT Umno Ismail, Annuar wajar dihadap ke lembaga disiplin

Datuk Seri Ismail Sabri dan Tan Sri Annur Musa wajar dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno kerana telah tipu Majlis Kerja Tertinggi dan tidak berkata benar berhubung kewujudan perjanjian bertulis dengan Perikatan Nasional (PN), demikian menurut Datuk Lokman Noor Adam.

Ini berikutan katanya beradasarkan surat perjanjian tersebut yang didedahkan blogger PN, Raja Petra yang mengesahkan bahawa Dato Sri Ismail Sabri dan Tan Sri Annuar Musa secara rasmi terlibat membelakangkan parti dalam menandatangani perjanjian dengan Perikatan Nasional.

Menurut Lokman kedua-dua individu ini sewajarnya dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno kerana tindakan mereka berdua mengakibatkan nama baik BN musnah ekoran terpaksa membentuk kerajaan bersama Jemaah Menteri Kabinet Gagal.

Lokman berkata, perjanjian ini juga mengesahkan bahawa kerajaan hari ini bukan kerajaan Keluarga Malaysia, tetapi Kerajaan Perikatan Nasional.

“Satu negara telah ditipu,” katanya.

Justeru, beliau mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pendedahan terkini itu.

“Rakyat juga mahu tahu apa isikandung perjanjian no 7, 8 dan 9 yang disembunyikan oleh Blogger Perikatan Nasional, Raja Petra,” katanya yang turut berkongsi dua helai perjanjian tersebut di Facebooknya.

Berdasarkan isi kandungan surat perjanjian tersebut yang dibuat pada 17 Ogos 2021 di mana ia adalah perjanjian persefahaman bagi mengikat usahasama dan kesepaduan politik serta protokol untuk pembentukan kerajaan baharu PN.

Perjanjian persefahaman ini antara PN sebagai pihak pertama, dengan Ismail Sabri iaitu calon Perdana Menteri dan Naib Presiden Umno sebagai pihak kedua.

Di dalam perjanjian itu, kedua-dua pihak ini bersetuju untuk mengekalkan kerajaan PN yang disepakati semasa menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada bulan Mac 2020.

Di mana Tan Sri Mihiadddin Md Yasin dari pihak pertama bersetuju meletakkan jawatan Jemaah Menteri mulai 16 Ogos 2021.

Surat tersebut di tandatangani Mahiaddin, Ismail Sabri dan disaksikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Annuar Musa.

Baca juga: Almarhum Ahmad Lutfi Othman: Penulis yang amat kental dan berprinsip