“Tipulah kalau kata saya tak nak masuk Malaysia. Tetapi buat masa sekarang..” – Sajat

Oleh WAN SITI AMINAH

Usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang melarikan diri ke Sydney, Australia sejak tahun 2021 dilaporkan berada di Singapura sejak hujung bulan Mac lalu.

Kehadiran Sajat di Singapura difahamkan bertujuan untuk menghadiri festival jualan raya diadakan di situ sekali gus menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di negara seberang tambak tersebut.

Usahawan yang sebelum ini aktif menjual kosmetik dan barangan penjagaan diri itu juga sempat menjadi tetamu di dalam program ‘podcast’ atau audio siar dari Singapura iaitu Soutudeen ketika berada di negara berkenaan.

Sajat ketika menjawab soalan daripada pengendali sesi audio siar itu tidak menafikan bahawa dirinya merindukan tanah air tempat kelahirannya serta mempunyai hasrat untuk kembali menetap di Malaysia.

Walau bagaimanapun, Sajat buat masa ini lebih memilih untuk menetap dan berkunjung ke negara orang apabila keadaan tidak mengizinkan dirinya pulang bagi menjadi penduduk tetap di tanah kelahirannya.

“Semestinya Malaysia ini tanah tumpahnya darahku. Saya memang lahir di Malaysia. Kawan-kawan dan adik-beradik semua dekat Malaysia. Saya memang orang Malaysia. Jadi tipulah kalau kata saya tak masuk Malaysia.

“Tetapi buat masa sekarang ini saya lebih selesa untuk pergi ke negara jiran dahulu. Untuk balik Malaysia itu, nanti-nantikan. Begitu. Bagi orang rindu. Suatu hari nantilah,” kata usahawan berusia 40 tahun itu.

Perkara itu didedahkan oleh Sajat dalam sesi audio siar yang dimuat naik di platform Youtube di mana sedutan rakamannya turut dikongsi menerusi beberapa hantaran video pendek di platform TikTok.

Sajat di dalam sesi tersebut turut menjawab soalan dari pengendali program sama ada dirinya pernah terfikir untuk kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki suatu hari nanti.

@soutudeen

Ssusah aku nk sampaikan.. full bid kat yt Soutudeen. @nursajat23

♬ original sound – soutudeen – soutudeen

Untuk rekod, Sajat menetap di Australia sejak tahun 2021 selepas melarikan diri dari negara ini melalui Thailand susulan menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia atas beberapa kesalahan syariah.

Sajat didakwa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas dua pertuduhan, termasuk berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang dianggap tidak sopan di platform Instagram.

Baca juga: Gara-gara waze, warga emas cemas lepas sesat dalam ladang kelapa sawit