Malaysia Dateline

Titip ucapan tahniah, rupanya Dr Mahathir pun ikut kisah kejayaan Khairul Aming

Baru-baru ini Chef Selebriti, Khairul Aming mengorak langkah kejayaan dengan mengumumkan pembukaan kilang kedua Sambal Nyet selepas berjaya meraih hasil jualan sebanyak RM14.

Berikutan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa bangga terhadap anak kelahiran Kelantan itu.

Beliau rupa-rupanya turut mengikuti kisah kejayaan Khairul Aming yang popular dengan pelbagai resepi ringkas di Instagram, dan mengucapkan tahniah atas kejayaan diperoleh Khairul Aming.

“Saya ikuti kisah Khairul Aming yang dahulunya seorang content creator resepi ringkas memasak hingga dapat sambutan luar biasa dan buka kilang sambal sendiri.

“Syabas anak Melayu yang berani keluar dari kepompong keselesaan. Semoga menjadi inspirasi buat anak-anak muda lain.

“Ya, hanya yang cekal dan tabah dapat membina kejayaan. Tahniah Aming!,” ucapnya menerusi hantaran terbaru di Facebook hari ini.

Baca juga: “Saya nak ajar mereka Melayu tak boleh ditipu”-Kisah petani Melayu sering ditekan tauke kaya, masuk pasar kena kitai harga

Baca juga: Pemuda ini bongkar 7 strategi 99Speedmart yang membuatkan pasaraya besar boleh ‘terciduk’