TNB buat kerja waktu malam timbulkan salah faham penduduk, kata Adun Perling

Cheo Yee How (kiri) sedang meninjau kerja-kerja yang dilakukan oleh kakitangan TNB di Taman Rawa Perling, Johor Bahru Johor.

Tindakan sebahagian kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melakukan penyelenggaraan di Taman Rawa Perling, Johor Bahru menimbulkan salah faham penduduk.

Hal itu terjadi berikutan kakitangan TNB tersebut yang melakukan kerja pada waktu lewat malam yang mengundang rasa kurang senang penduduk tempatan.

Cheo Yee How

Menurut Ahli Dewan Negeri (Adun) Perling,  Cheo Yee How yang telah membuat tinjauan di tempat kejadian menyatakan perkara ini adalah salah faham di antara penduduk dengan kakitangan TNB.

Menurut Cheo lagi, sebelum ini memang terdapat kejadian di mana kontraktor pembinaan pangsapuri rumah 1 Malaysia yang menjalankan kerja lewat malam yang mengundang rasa kurang senang penduduk.

Salah faham penduduk itu apabila mereka mendakwa kakitangan TNB berkenaan adalah kontraktor yang melakukan kerja sebelum ini.

“Terdapat ‘breakdown’ dari kabel penghubung di taman ini maka kakitangan TNB telah membuat tindakan yang betul dengan menyelenggarakan perkara tersebut.

“Ini semua salah faham dan saya tidak nafikan penduduk agak terkesan dengan tindakan kontraktor sebelum ini yang melakukan kerja di waktu lewat malam.

“Saya sudah periksa serta meninjau tempat kejadian dan selepas mendengar penjelasan pihak TNB maka saya berpuas hati dengan tindakan mereka,” jelasnya ketika di tapak kejadian.

Dalam pada itu, Cheo juga berkata selain tindakan kontraktor yang menjalankan kerja lewat malam, terdapat juga kerosakkan kepada jalan utama Taman Rawa.

“Saya akan membawa perkara ini kepada pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk mengambil tindakan terhadap pihak kontraktor yang melakukan kerja berkenaan.

“Sebelum ini terdapat kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor yang telah mengakibatkan kerosakkan kepada infrastruktur seperti jalan raya dan perkara lain.

“Perkara ini harus ditangani segera oleh pihak MBJB untuk keselesaan penduduk di kawasan ini,” ujarnya.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote